10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH
SABDA RASULULLAH SAW " SESIAPA YANG SOLATNYA ITU TIDAK DAPAT MENGHALANGNYA DARI MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR MAKA SESUNGGUHNYA SOLAT ITU HANYALAH MENAMBAHKAN KEMURKAAN ALLAH KEPADANYA DAN IA SEMAKIN JAUH DARI ALLAH"
SABDA BAGINDA LAGI " SESIAPA YANG MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU AKAN MENJADI CAHAYA PETUNJUK DAN JALAN SELAMAT BAGINYA TETAPI BAGI SESIAPA YANG TIDAK MEMELIHARA SOLATNYA MAKA SOLAT ITU TIDAK AKAN MEMBERI CAHAYA, PETUNJUK DAN JALAN SELAMAT UNTUKNYA."
10 GOLONGAN YANG TIDAK DITERIMA SOLATNYA OLEH ALLAH IAITU:
· Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu
· Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
· Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum di belakang membencinya
· Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya
· Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat)
· Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya
· Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung
· Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong, zalim serta suka menganiaya
· Orang yang memakan riba
· Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
10 GOLONGAN TERMASUK KAFIR
SABDA RASULULLAH SAW, "ADA 10 JENIS GOLONGAN MANUSIA DARI UMATKU INI YANG MANA MEREKA TELAH TERMASUK DALAM GOLONGAN KAFIR TERHADAP ALLAH SEDANGKAN MEREKA MASIH MENGIRA BAHAWA MEREKA MASIH BERIMAN. MEREKA IALAH...
· MEMBUNUH TANPA JALAN HAK (BATIL)
· TUKANG SIHIR
· SUAMI YANG TIDAK MERASA CEMBURU TERHADAP ISTERINYA (DAYUS)
· ORANG YANG MENAHAN DIRINYA DARI MENGELUARKAN ZAKAT
· ORANG YANG MEMINUM ARAK
· ORANG YANG TELAH CUKUP SYARAT UNTUKNYA MENUNAIKAN HAJI TETAPI MASIH MAHU MENANGGUHKANNYA LAGI
· ORANG YANG SUKA MEMBUAT FITNAH
· ORANG YANG MENJUAL SENJATA KEPADA MUSUHNYA (BELOT)
· ORANG YANG BERSETUBUH DENGAN ISTERINYA MELALUI DUBUR
· ORANG YANG MENIKAHI PEREMPUAN YANG MENJADI MUHRIM KEPADANYA (ADA HUBUNGAN KEKELUARGAAN)
10 KECELAAN PEMINUM ARAK
IMAM ABU LAITS TELAH MEMPERINGATKAN TENTANG 10 KECELAAN AKIBAT DARI MEMINUM ARAK IAITU...
· PEMINUM ARAK AKAN MENJADI SEPERTI ORANG GILA KERANA AKALNYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK DAN TERCELA PADA PANDANGAN ORANG WARAS
· MEMINUM ARAK ADALAH PERBUATAN MEMBAZIR KERANA MEMBELI SESUATU YANG TIDAK MEMBAWA MANFAAT MALAH MENDATANGKAN MUDHARAT
· BOLEH MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN PERSENGKETAAN
· MENJADIKAN PEMINUMNYA LALAI DARI MENGERJAKAN SOLAT DAN MENGINGATI ALLAH
· BOLEH MENJERUMUSKAN SESEORANG ITU KE LEMBAH PERZINAAN SERTA BERLAKUNYA KERUNTUHAN RUMAH TANGGA
· ARAK ADALAH KUNCI PADA SEGALA KEJAHATAN, BILA AKAL SUDAH TIDAK WARAS MAKA PEMINUMNYA AKAN MELAKUKAN APA SAJA SEPERTI MEROMPAK, MEROGOL, MEMBUNUH DAN SEBAGAINYA
· MEMINUM ARAK MENYEBABKAN MALAIKAT MENJAUHKAN DIRINYA DARI KITA MAKA BAGAIMANAKAH NASIB KITA BILA RAHMAT ALLAH SEMAKIN JAUH
· PEMINUM ARAK AKAN DIJATUHI HUKUMAN ROTAN SEBANYAK 80 SEBATAN, JIKA TERLEPAS DI DUNIA MAKA DI AKHIRAT KELAK IA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG LEBIH DAHSYAT LAGI
· SELAMA 40 HARI AMAL KEBAJIKANNYA TIDAK AKAN DIANGKAT OLEH MALAIKAT KEPADA ALLAH
· DIKHUATIRKAN IA AKAN MATI DALAM KEADAAN KAFIR SEBELUM SEMPAT BERTAUBAT
10 GANJARAN MEMULIAKAN ZULHIJJAH
BERKATA SEBAHAGIAN ULAMAK, "SESIAPA YANG MEMULIAKAN HARI-HARI YANG BERLALU DALAM BULAN ZULHIJJAH NESCAYA IA AKAN DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH DENGAN 10 JENIS KEISTIMEWAAN IAITU...
§ BERKAT PADA UMURNYA
§ BERTAMBAH REZEKINYA
§ KEHIDUPAN RUMAH TANGGANYA AKAN TERJAMIN
§ DAPAT MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA SERTA KESALAHAN YANG LEPAS
§ AMAL IBADAT SERTA KEBAJIKAN AKAN DIGANDAKAN
§ ALLAH AKAN MEMUDAHKANNYA PADA SAAT SAKARATUL MAUT
§ ALLAH AKAN MENERANGI KUBURNYA SELAMA IA BERADA DI ALAM BARZAKH
§ ALLAH AKAN MEMBERATKAN TIMBANGAN AMAL KEBAJIKANNYA BILA BERADA DI MAHSYAR
§ SELAMAT DARI KEJATUHAN KEDUDUKANNYA DI DUNIA
§ MARTABATNYA AKAN DINAIKKAN PADA SISI ALLAH
10 JENIS DOA YANG DI TOLAK OLEH ALLAH
BERKATA IBRAHIM BIN ADHAM, "WAHAI PENDUDUK BASRAH! HATI KAMU SEMUA TELAH MATI KERANA DITUTUPI OLEH 10 PERKARA, OLEH SEBAB ITULAH DOA KAMU TIDAK DIPERKENANKAN ALLAH. KETAHUILAH 10 PERKARA ITU IALAH ...
· KAMU SEMUA TELAH MENGENAL ALLAH TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENUNAIKAN HAK-HAKNYA.
· KAMU SEMUA MEMBACA ALQURAN TETAPI TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARIPADA ISI KANDUNGANNYA
· KAMU SEMUA MENGAKU MENCINTAI RASULULLAH S.A.W. TETAPI SEBALIKNYA KAMU TELAH MENINGGALKAN SUNNAHNYA.
· KAMU SEMUA MENGAKU BAHAWA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KETAT KAMU TETAPI MASIH ADA DIANTARA KAMU YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAHNYA
· KAMU SEMUA TERLALU MENGHARAPKAN SYURGA TETAPI TIDAK PERNAH MELAKUKAN AMALAN-AMALAN YANG MENDEKATKAN KAMU KE SYURGA
· KAMU SEMUA MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN TERSELAMAT DARI NERAKA JAHANAM TETAPI DIANTARA KAMU MASIH ADA YANG MELAKUKAN AMALAN-AMALAN AHLI NERAKA
· KAMU SEMUA JUGA MENGAKU BAHAWA KEMATIAN ITU ADALAH PERKARA BENAR TETAPI SEDIKITPUN KAMU TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA.
· KAMU SEMUA SENTIASA MENCARI KEBURUKAN DAN KECELAAN SAUDARA-SAUDARA KAMU TETAPI KAMU TIDAK PERNAH CUBA MENCARI KECELAAN DIRI KAMU SENDIRI
· KAMU SEMUA TELAH MERASAI BEGITU BANYAK SEKALI NIKMAT PEMBERIAN DARI ALLAH S.W.T. TETAPI TIDAK PERNAH SEKALIPUN KAMU MAHU BERSYUKUR KEPADANYA.
· KAMU SEMUA TELAH MENGUSUNGKAN JENAZAH KE PERKUBURAN LALU MENGKEBUMIKANNYA TETAPI KAMU TIDAK PERNAH MENGAMBIL IKTIBAR DARI PERISTIWA ITU.
10 KELEBIHAN MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM·
MENDAPAT KEREDAAN ALLAH KERANA ALLAH AMAT SUKA KEPADA ORANG YANG MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM DEMIKIAN JUGA DENGAN PENDUDUK LANGIT DAN BUMI
· MENGEMBIRAKAN PARA MALAIKAT KERANA MEREKA AMAT SUKA KEPADA ORANG YANG MENHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM
· DAPAT MENAMBAHKAN PAHALA AMALNYA SETELAH IA MENINGGAL KELAK
· DAPAT MENAMBAH DAN MENIMBULKAN RASA KASIH SAYANG DALAM PERGAULAN SEHARIAN
· MENAMBAH KEBERKATAN PADA REZEKINYA
· ALLAH AKAN MELANJUTKAN USIANYA
· MENJADIKAN IBLIS BERTAMBAH GELISAH DAN SAKIT HATINYA
· AKAN DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH MASYARAKAT YANG BERADA DI SEKELILINGNYA
· DAPAT MENGGEMBIRAKAN JENAZAH YANG BERADA DI ALAM BARZAKH KERANA MEREKA AMAT MENYUKAI KEPADA SILATURRAHIM
· DAPAT MENCETUSKAN KEGEMBIRAAN PADA KEDUA BELAH PIHAK, TIADA AMALAN YANG LEBIH AFDAL MELAINKAN MENGGEMBIRAKAN HATI ORANG YANG BERIMAN.
0 Responses to “Rahasia 10 angka اَللّهُ”
Posting Komentar